Weather in kuala-lumpur

World Clock

18 Jun 2010

Salam Jumaat

Alhamdulillah bertemu lg aku dgn hri jumaat yg mulia ini... Hari ini khutbah jumaat di Masjid Al- Makmuriah Kayu Ara berkisar tentang JUDI.. Khatib td menyentuh bahawa Allah SWT telah memperingatkan dgn tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91 :



Maksudnya:
90.Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah [434], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Khatib juga memperingatkan bahawa sebagai individu ISLAM amnya dan pemerintah Islam khasnya WAJIB dalam menangani gejala ini.. Wassalam..

13 Jun 2010

Ruam lampin - Bepanthen Nappy Care Ointment




Sian anakku Wardina Insyirah ni.. Beberapa hari lepas dia kena ruam lampin.. Alhamdulillah dgn izin Allah lepas beli ubat Bepanthen di farmasi dan sapu setiap kali nak pakaikan lampin menggantikan bedak ternyata mula berkesan..

12 Jun 2010

Ku doakan agar istriku cpt sembuh.. Aminnn..

Alhamdulillah mlm td ankku tidak meragam mcm mlm sblmnya.. lena dia tdur tiada gangguan.. Semalam istriku pergi ke hospital Az Zahra di Bangi utk cek ketulan di ketiak yg mula membengkak dan menyakitkan sejak mnggu lepas.. Dktor Fazlina iaitu dktor yg cek istriku bgtau bkn brpunca drp susu (breast infection) tetapi drp ketiak itu sindri(kemungkinan dr penggunaan pelbagai deodoran atau luka ketika shave).. Dktor beri ubat mkn agar bgkak tersebut surut InsyaAllah.. Ku doakan agar istriku cpt sembuh.. Aminnn..

11 Jun 2010

Mengejar kejayaan akhirat



Hmm, mengejar kejayaan akhirat tajuk khutbah di Masjid Al-Makmuriah di Kg Kayu Ara,Damansara tadi.. Byk point2 yg menginsafkan... Betapa manusia kini lupa pd dunia akhirat yg kekal abadi berbanding dunia yg sementara penuh pancaroba ini.. Masing2 mengejar gelaran,pangkat,kekayaan dunia yg tiada makna jika solat ditinggalkan dan melupakan Allah S.W.T...
Jadi marilah kita bersama2 merenung ke mana hala tuju diri kita... Moga masing2 menemui jalan yg diredaiNya InsyaAllah...

Jumaat yg mulia

Hm, hari ni jumaat yg mulia.. Hari pertama aku memulakan blog... Entah kenapa tergerak diriku utk belajar berjinak2 dgn blog setelah sekian lama ia wujud... Diharap ia memberi faedah kepada diriku... Wassalam..



*Kepada kaum adam yg sejati jgn lupa ramai2 pergi ke masjid utk bersolat jumaat... :-)