Weather in kuala-lumpur

World Clock

10 Ogos 2015

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum WBT / Salam Sejahtera,

hahaha lama giler weh tak update blog nih.. lebih daripada bersawang da.. hahaha..

disebabkan masih dalam mood raya nih jom kita tengok sikit info pasal sambutan hari raya aidilfitri ini... -sumber Wikipedia- :)

Part I



Hari Raya Aidilfitri
(Bahasa Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategic


Hari Raya Aidilfitri
هاري راي عيدالفطري
Nama rasmiHari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: عيد الفطر 'Ayd al-Fiṭr
Juga dikenali sebagaiHari Raya Fitrah, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki)
Diraikan olehUmat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di negara Muslim
JenisPerayaan agama
KepentinganMenandakan berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa
Tarikh1 Syawal
SambutanMenghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, balik kampung
AmalanSolat
Berkaitan denganHari Raya Aidiladha, perayaan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian